PENGENALAN
Sirkit Kembara Negara merupakan satu program pendakian bukit atau gunung yang memberi peluang bukan sahaja kepada golongan pencinta alam semulajadi yang sentiasa mencari kepuasan, malah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian ini. Ia dilaksanakan secara sirkit meliputi tiga zon iaitu zon 1, zon 2 dan zon 3.
Peserta yang menyertai Sirkit Kembara Negara bukan sahaja bakal menjadi juara setiap zon, malah berpeluang untuk dinobatkan sebagai Raja Kembara Negara bagi kategori elit berdasarkan pengumpulan mata tertinggi keseluruhan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sirkit Kembara Negara dilaksanakan bagi memupuk semangat integrasi daripada pelbagai lapisan masyarakat di samping mempromosikan aktiviti gaya hidup sihat melalui konsep ‘Malaysia Cergas’.
Penganjuran kejohanan ini diharap mampu mencapai objektifnya yang tersendiri dalam menarik minat terutamanya golongan belia yang menjadi tonggak kekuatan negara demi mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar